Sunday 8 April 2012

seADAnya

ingin jua ku kongsi
tentang rahsia & rasa hati
bimbang mengundang murka Ilahi
risau memberi luka insani

aku seperti mereka
tiada yang berbeza
kerna aku jua wanita
punya fitrah bernama CINTA

mungkin sahaja tiada sama
aku memilih cita-cita
dari menjaga sekeping hati
dan perasaan seorang lelaki
yang ku kira layak sekali
untuk bergelar suami

tipulah tiada luka
lepaskan dia kerna terpaksa
hingga kering air mata
tatkala menyebut tentang cinta
siapalah mampu merasa derita
yang kita hadapi bertahun lama

telah saban hari
kupohon pada Ilahi
kuatkan diri tika diuji
tabahkan hati bila air mata menitis lagi............

jarang manusia di dunia
mampu korbankan cinta yang mampu dimiliki
di sebalik setiap kisah cinta
ada cerita .........

Sunday 11 March 2012

ralit

ruwet ku pilih yg beda
cerewet tetap ada
bilah2 yg sama
garis halus tetap xserupa

ralit.....
mata terpana
kejip2 mengecil ia
kelip2 membesar jua

ralit .........
selonggok selongkar
selonggok membongkar
sangat payah
begitu susah

ralit dan terus ralit
larut dalam keralitan .........

Tuesday 14 February 2012

cuma cinta

aku kias di jendela sebutir kata
aku hias di jemari sepatah pena
aku rias di jerami sebuah kota
---cuma cinta ---

bersaksi alam
berpaksi malam
luar riuh xbertepi
dalam sunyi sepi

tinggallah sesuatu
yang bernama rindu
tiada apa makna
--cuma cinta---

Saturday 7 January 2012

nian

Tertunaikah impian hati
Bila lagi masih sendiri
Terubatkah luka lama
Bila cinta masih tiada
Hilang dan walang
Masih hati membeku
Entah siapa yang ditunggu
Empunya diri masih di situ
Kaku dan kagum tingkah bersama
Debar kedua masih serupa
Walau tiada jawapan pasti
Ia masih dinanti
Terbalaskah segala doa
Dalam ihsan dan ehsan
Terkabulkah jawapan dipinta
Dalam impian dan inginan

Wednesday 28 December 2011

..Cinta Pertama .

dia.. cinta pertama
yg ku jumpa
usai zman remaja
bertemu xsgja
di sekolah & kelas yg sama
takdir temukan kami berdua
dia.. student biasa
dengan lagak bersahaja
dan suka berjenaka
hingga satu kelas tertawa
dengan senda dan selokanya

dari jauh cuma
ku perhatikan dia
siapalah aku dibandingkan dengan gadis lainnya
hanya tahu mengadap buku dihujung kelas xpa bicara
sedang dia dan yang lainnya menikmati alam remaja

tiba masa doa termakbul jua
bila aku&dia bertemu empat mata
ada ilmu yang ingin dikongsi bersama
alasan dan ketentuan menjadi saksi tercipta cinta