ingin jua ku kongsi
tentang rahsia & rasa hati
bimbang mengundang murka Ilahi
risau memberi luka insani
aku seperti mereka
tiada yang berbeza
kerna aku jua wanita
punya fitrah bernama CINTA
mungkin sahaja tiada sama
aku memilih cita-cita
dari menjaga sekeping hati
dan perasaan seorang lelaki
yang ku kira layak sekali
untuk bergelar suami
tipulah tiada luka
lepaskan dia kerna terpaksa
hingga kering air mata
tatkala menyebut tentang cinta
siapalah mampu merasa derita
yang kita hadapi bertahun lama
telah saban hari
kupohon pada Ilahi
kuatkan diri tika diuji
tabahkan hati bila air mata menitis lagi............
jarang manusia di dunia
mampu korbankan cinta yang mampu dimiliki
di sebalik setiap kisah cinta
ada cerita .........